BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tentang PID Bandar Tenggara

        Masyarakat Malaysia perlu kaya dengan maklumat dalam menuju Wawasan 2020. Menyedari hakikat itu, Kementerian Penerangan , Komunikasi dan Kebudayaan yang dulu di terajui oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi memperkenalkan Program Internet Desa.
      Terdapat 42 buah Pusat Internet Desa yang telah ditubuhkan yang aktif dalam membantu masyarakat Luar Bandar menangani masalah jurang digital di mana aliran maklumat tidak seimbang antara masyarakat Bandar dan Luar Bandar.
     Di Johor, Bandar Tenggara amat bertuah kerana mendapat sebuah Pusat Internet Desa atau dikenali dengan nama singkatannya PID yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Bandar Tenggara. PID yang mula dibuka pada 3 November 2003 ini diseliakan oleh seorang Penyelia dan seorang Penolong Penyelia serta di bantu AJK PID yang dilantik dikalangan masyarakat tempatan.
    PID telah dibekalkan oleh kementerian dengan beberapa buah komputer, pencetak, pengimbas, penghawa dingin dan lain-lain peralatan bagi melancarkan perjalanan PID sebagai sebuah Pusat yang memberikan perkhidmatan Internet, Penggunaan Komputer dan Pembelajaran Asas Komputer secara percuma
Pada masa akan datang, PID menjadi harapan sebagai satu Pusat yang boleh menjalankan pelbagai aktiviti di bawah satu bumbung seperti E-Pembelajaran, E-Kerajaan, E-Perkhidmatan, dan lain-lain lagi. Kementerian juga berhasrat menjadikan PID sebagai Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dan seterusnya merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Community Knowledge Network). Rangkaian ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang 2020.
    Kini, PID Bandar Tenggara berusaha mengembangkan perkhidmatannya agar golongan belia, wanita, warga emas, pertanian, usahawanan dan pendidik supaya celik komputer mahupun IT supaya tidak ketinggalan dengan masyarakat Bandar.

About Me

Lot 1214, Jln Tun Mahmud 81440, Kulai Johor Tel: 07-8964972