BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu

Lawatan Ke Kilang Ayamas Food Corporation Bandar Tenggara Plant

Tempat: Kilang Ayamas Food Corporation Bandar Tenggara Plant

Tarikh : 17 November 2009
Peserta: AJK PID, AJK KUS dan Pengurus & Penolong PID Bandar Tenggara , Usahawan Bdr Tenggara , Wakil KEJORA , Wakil JKKMBT , KEMAS , PDK , Kolej Komuniti
Anjuran: PID Bandar Tenggara

Pengenalan:
Ayamas buat masa ini menguasai sebanyak 60 peratus pasaran makanan berasaskan ayam di dalam negara terutamanya sebagai pembekal utama untuk rangkaian restoran perkhidmatan segera KFC dan Pizza Hut.
Ayamas Food Corporation Bandar Tenggara Plant (Ayamas) yang kini menghasilkan 25- 40 ribu ekor ayam sebulan akan meningkatkan penghasilan produk berasaskan daging ayam .
Penghasilan serta pembekalan anak ayam oleh Ayamas kepada para penternak bertujuan memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah.
Ayamas akan membekalkan baka anak ayam dari ladang ternak Ross Breeders di Scotland dan Hubbard Breeders di Perancis yang diketahui bermutu tinggi dan cepat membesar.
Para penternak juga akan membesarkan anak-anak ayam itu dalam tempoh antara 35 hingga 38 hari sehingga mencapai berat piawai 1.7 hingga 1.8 kilogram seekor.
Ayam-ayam berkenaan kemudiannya akan diserahkan semula kepada Ayamas untuk disembelih dan di proses di kilang Ayamas Food Corporation Bandar Tenggara Plant.
Sebagai pulangan, para penternak kontrak akan menerima bayaran berdasarkan mutu dan saiz ayam yang mereka ternak setelah ditolak kos makanan yang dibekalkan oleh Ayamas
kriteria pemilihan ayam kini semakin ketat dalam usaha mempastikan mutu ayam yang baik yang menjadi aset terpenting perniagaan Ayamas.

Objektif :

- Memberi pendedahan & pengetahuan tentang keusahawanan di kalangan peserta
- Mendekati para usahawan dan perindustrian yang terdapat di sekitar Bandar Tenggara.
- Merebut peluang keusahawanan yang ditawarkan oleh Ayamas Corporation

0 comments:

0 ulasan:

Catat Ulasan

About Me

Lot 1214, Jln Tun Mahmud 81440, Kulai Johor Tel: 07-8964972